
ISTIMEWA RAMADAN: KHAS BUAT PEMBURU PAHALA
Jom sambut bulan penuh keberkatan ini dengan membantu saudara seagama kita yang berkelainan upaya.
Bantu cukupkan dana untuk mencetak Al Quran Braille yang akan diedarkan percuma untuk orang-orang buta yang memerlukan.
WAKAF SERENDAH RM30/LOT
"Buta mata tak bermakna tak boleh celik Al Quran kan?"
Kita mungkin tak rasa kekurangan ini.
Tiada masalah untuk melihat, apatah lagi untuk membaca.
Jadi, kita mungkin gagal menyedari ada saudara Islam kita yang menghadapi masalah penglihatan ini juga ada menyimpan hasrat untuk membaca dan mendalami Al-Quran.
Tahukah anda Al-Quran Braille 30 juzuk lengkap boleh mencecah harga hampir RM4000 untuk senaskhah?
PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG BUTA MALAYSIA (PPOBM) merupakan organisasi yang bergiat aktif dalam bidang kebajikan, pendidikan, ekonomi dan sukan untuk golongan OKU penglihatan.
Presiden PPOBM - Encik Mohammad Huzaifah
Terkini, kami sedang dalam usaha untuk mengeluarkan Al Quran Braille yang akan diedarkan PERCUMA kepada orang-orang buta memerlukan.
Namun disebabkan PPOBM hanyalah sebuah pertubuhan yang kecil, sememangnya masalah dana menjadi kekangan utama bagi kami.
Jadi, kami sangat mengharapkan kesudian anda untuk bersama menyokong kami.
Untuk makluman, PPOBM ada menyediakan khidmat mengeluarkan bahan bacaan Braille untuk OKU Penglihatan dari semua lapisan umur sejak tahun 2023 lagi.
Jadi kami memerlukan sedikit lagi sokongan anda untuk memastikan usaha murni ini dapat berjalan lancar.
Secara tidak langsung, bantuan anda itu nanti juga akan dapat memberi peluang pekerjaan kepada lebih ramai OKU Penglihatan di Rumah Percetakan Braille yang akan dibina itu nanti!
Bayangkan berapa banyak pahala yang akan dapat anda kutip atas setiap ayat, setiap huruf dalam Al Quran Braille yang akan dihasilkan daripada hasil wakaf anda ini nanti.
Terima kasih kami ucapkan atas kesudian anda untuk menyokong PPOBM mencukupkan dana operasi bagi meneruskan kelangsungan perjalanan aktiviti petugas-petugas kami dalam melaksanakan fardhu kifayah ini.
Sejujurnya, kami menggalakkan anda untuk menaja Pakej Furqan - RM1000 supaya lebih banyak kos dapat ditanggung, sekaligus dapat melancarkan Projek Al Quran Braille PERCUMA ini.
Insya Allah, moga setiap naskhah Al Quran Braille yang dihasilkan dari hasil wakaf anda, tak kira kecil atau besar nilainya, akan dapat memberi sinar harapan baru untuk mereka yang memerlukan ini.
Kami mempunyai:
Sijil Pendaftaran ROS ✅
*Setiap sumbangan tertakluk di bawah pengecualian cukai pendapatan – subseksyen 44(6) Akta cukai pendapatan 1967. Rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.6388.
Anda boleh pilih mana-mana pakej wakaf yang disediakan mengikut kemampuan masing-masing;
Atau boleh juga menyumbang secara manual/bank transfer/CDM ke akaun berikut:
CIMB
8009 328 232
Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia
Sila letakkan reference "WAKAF PPOBM" untuk mudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.